Dokumentari Terbaharu Pasangan Sussex Selepas ‘Harry & Meghan’ - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Dokumentari Terbaharu Pasangan Sussex Selepas ‘Harry & Meghan’

Dokumentari Terbaharu Pasangan Sussex Selepas ‘Harry & Meghan’

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Siri tujuh bahagian itu akan memaparkan pelbagai wawancara bersama pemimpin dunia dan aktivis termasuk Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, Greta Thunberg dan Ruth Bader Ginsburg.

Live to Lead diterbitkan oleh Blackwell & Ruth dengan kerjasama The Nelson Mandela Foundation, syarikat produksi pasangan Sussex, Archewell dan Cinetic Media.

Peminat dilihat teruja dengan pengumuman itu dan memberi maklum balas positif di media sosial.

“Wah! Saya amat kagum dengan pasangan ini,” tulis seorang peminat manakala seorang lagi menambah, “Saya tidak sabar mahu menonton! Saya sangat berbangga dengan Harry dan Meghan serta projek yang mereka lakukan.”

Seorang lagi peminat pasangan itu memberi komen, “Satu perkara yang Archewell telah kuasai adalah menghasilkan kandungan media dengan tujuan yang baik.”