Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri - Glam Malaysia
Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri

Disebalik Stereng, Kembalinya Keyakinan Diri

Sharifah Sakinah ini berkongsi tentang kerjaya, kehidupan dua negara, takut yang lama terpendam, dan perjalanan menemui semula dirinya di atas jalan raya.

Pagi di Kuala Lumpur berbeza dengan pagi di Bali. Di sini, dia bangun kepada bunyi notifikasi telefon mesej daripada pengurus, reminder tentang sesi bacaan skrip petang ini, fitting untuk majlis malam esok. Kehidupan sebagai aktres tidak pernah benar-benar berhenti. Ada sentiasa sesuatu yang perlu dihadiri, seseorang yang perlu ditemui, satu lagi projek yang perlu diselesaikan.

Tetapi di Bali, paginya miliknya sendiri. Kehidupan ternyata beri kebebasan yang dia impikan bersama pasangan tercinta dan hadirkan diri ke sesi holistik dan berdamai dengan alam semula jadi, buat dia lupa akan dirinya Sharifah Sakinah. 

To be honest… I sudah lama tidak memandu!” Sepuluh tahun. Satu dekad penuh tanpa memegang stereng sendiri. Bukan kerana dia tidak tahu caranya, tetapi kehidupan yang sibuk membuatkan dia bergantung kepada orang lain untuk membawanya dari satu tempat ke tempat lain.

See also
Alasan Nina Dobrev Singkir 3 Jenis Makanan Daripada Diet Harian

Takut Yang Tidak Pernah Diucapkan

Sharifah Sakinah

Ada sesuatu tentang memandu yang Sakinah tidak pernah katakan dengan lantang kepada sesiapa. Mungkin ia tentang kawalan, bagaimana rasanya bila kita yang menentukan ke mana hendak pergi, berapa laju, bila hendak berhenti. Mungkin ia trauma yang lalu, yang sering menghantui dirinya saat dia ingin memandu yang membuatkan sehingga kini dia tidak lagi percaya akan dirinya! 

“Gemuruh, takut segalanya bermain di minda!” ujarnya tentang perasaan pertama kali kembali di tempat pemandu selepas sekian lama. Dan kami faham. Bukan semua orang berani mengaku mereka takut, terutamanya pada perkara yang kelihatan mudah bagi orang lain. Kata Sakinah lagi, kehidupannya adalah tentang navigasi. Bukan hanya navigasi fizikal tetapi navigasi identiti. Di Malaysia, dia perlu “on” sepanjang masa, senyum untuk kamera, profesional di set penggambaran. Setiap pergerakan adalah persembahan. 

Apabila Persepsi Berubah Sekelip Mata

Volvo

“Ternyata mengubah persepsi saya sekelip mata! Saya kembali yakin dan tiada lagi trauma untuk memandu,” kata Sakinah, dan ada satu kelegaan dalam suaranya yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Ia bukan hanya tentang memandu kereta,ia tentang membuktikan kepada diri sendiri bahawa dia masih mampu. Lagi pula pengalaman pemanduan pertamanya bersama Volvo XC90 yang cukup terkenal dengan sistem keselamatan aktif terutama iaitu Pilot Assist iaitu generasi baharu dengan Adaptive Cruise Control.

“Volvo berjaya memujuk hati saya untuk mencabar diri untuk kembali yakin,” — Sharifah Sakinah

“Setiap pitstop bagi saya punya momen berbeza. Saya bernyanyi, ketawa, dan hanya exhale…,” katanya. Memandu memberinya ruang untuk bernafas, ruang untuk menjadi dirinya tanpa penonton, tanpa ekspektasi. Dalam kereta, tiada siapa yang menilai. Tiada siapa yang mengkritik. Hanya ada Sakinah, jalan di hadapan, dan lokasi yang ingin dituju.

See also
GLAM Exposé: Resting Rich Face: Melabur Ratusan Ribu Untuk Muka Kaya Dan Tubuh Muda

Musik Itu Terapi Jiwa Dan Perasaan….

“Playlist Carpool Karaoke adalah terapi untuk menghilang perasaan takut saya!” kata Sakinah! Sepanjang dia berada di dalam kereta, dia lebih senang untuk berada di belakang dan sekadar menenangkan diri. Namun, apabila kali pertama memegang stereng lagi pula bersama playlist lagu yang membangkitkan mood, sedikit sebanyak ia merawat perasaan gementarnya. 

Pengalaman Sakinah mengajar GLAM  bahawa anda tidak pernah terlambat untuk mengambil semula kawalan. Tidak pernah terlambat untuk duduk di tempat pemandu dan memilih destinasi sendiri. 

Tonton video penuh #MyVolvoVibe Fireside Podcast di Youtube GLAM Malaysia 

Artikel berkaitan Refreshed Volvo XC60 Kini Di Malaysia

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan