Digital Detox: Gaya Hidup Baharu Demi Ketenangan Jiwa & Minda

Digital Detox Adalah Bentuk Self-Care Paling Mewah Zaman Ini

Di tengah dunia yang semakin bergantung pada teknologi, digital detox muncul sebagai satu bentuk kemewahan masa kini. Setiap hari, kita bangun dengan skrin, tidak kira dari segi memeriksa mesej, e-mel, berita mahupun media sosial sebelum sempat menyedut udara pagi. Tanpa kita sedar, tabiat ini mencipta keletihan yang tidak kelihatan, tetapi perlahan-lahan menjejaskan keseimbangan minda dan emosi.

Kita hidup dalam zaman di mana perhatian menjadi mata wang paling berharga. Namun, apabila setiap notifikasi berlumba-lumba menarik tumpuan, ramai akhirnya terperangkap dalam kitaran keletihan digital. Dalam keadaan ini, digital detox bukan sekadar trend, tetapi satu bentuk penjagaan diri yang semakin penting, satu peluang untuk berehat, bernafas dan kembali kepada kehidupan sebenar yang lebih tenang.

Amalan ini bukan bermaksud menolak kemajuan teknologi, sebaliknya memberi ruang untuk diri sendiri mengenal semula erti kehadiran. Tanpa gangguan skrin, kita mula menghargai bunyi alam, perbualan tanpa notifikasi, dan ketenangan yang datang daripada keheningan.

See also
Terapi Jiwa Di Bumi Borneo

Sebab digital detox semakin diperlukan

Kredit foto: Getty Images

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan peranti berlebihan boleh meningkatkan kadar stres, menjejaskan kualiti tidur dan mengurangkan kemampuan untuk fokus. Ramai juga mendapati diri mereka cepat letih walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal berat, ini adalah tanda biasa akan keletihan digital.

Dengan digital detox, tubuh dan minda diberi peluang untuk berehat. Dalam hanya beberapa hari tanpa gangguan skrin, anda mungkin akan perasan perubahan ketara dari segi tidur lebih lena, mood lebih stabil dan hubungan sosial lebih bermakna. Ia bukti bahawa kadangkala, untuk merasa lebih hidup, kita hanya perlu sedikit ‘terputus’.

Cara mudah untuk memulakan digital detox

Kredit foto: Getty Images

Mulakan digital detox secara perlahan-lahan. Tiada formula khusus, tetapi langkah kecil ini boleh membantu:

  • Tetapkan waktu bebas skrin. Contohnya, satu jam sebelum tidur atau ketika makan.

  • Aktifkan mod ‘Do Not Disturb’. Elak notifikasi yang mengganggu masa peribadi.

  • Kurangkan aplikasi tidak perlu. Simpan hanya yang benar-benar penting.

  • Isi masa dengan aktiviti dunia nyata. Baca buku, berjalan di luar, menulis jurnal atau berbual dengan orang tersayang adalah satu bentuk digital detox yang sangat berkesan.

  • Gunakan fungsi pemantauan masa skrin. Aplikasi seperti Digital Wellbeing boleh bantu anda kekal sedar terhadap penggunaan peranti.

See also
Tengku Ampuan Pahang Kongsi Sesi Raptai Perkahwinan Tengku Muhammad

Satu pelaburan untuk diri

Kredit foto: Getty Images

Digital detox bukan sekadar rehat daripada teknologi, tetapi satu bentuk pelaburan terhadap kesejahteraan diri. Ia mengajar kita untuk lebih hadir, lebih tenang dan lebih menghargai momen tanpa gangguan.

Dalam dunia yang terlalu cepat bergerak atau fast pace, kemampuan untuk berhenti sejenak, menikmati sunyi, berbual tanpa skrin dan benar-benar hidup adalah tanda kemewahan sebenar. Setuju?

Artikel berkaitan: Atasi Mental Noise: Cara Wanita Moden Temui Ketenangan Dalam Kehidupan Seharian

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.