Use your ← → (arrow) keys to browse
PEREKA TURKI DISEGANI DILEK HANIF
Teruja saya untuk berjumpa pereka fesyen yang juga dikenali mata dunia. Dilek Hanif ialah seorang usahawan dan salah seorang pereka terkenal Turki paling dikenali. Dia mengasaskan jenama pertamanya, Dilek Hanif, pada tahun 1990 dan membuka butik pertamanya di Nişantaşı pada tahun 2002.
Hanif mampu mereka bentuk pakaian moden dan feminin melalui sintesis gaya peribadinya yang futuristik dan warisan budaya Uthmaniyyah yang kaya. Antara ikon fesyen dan personaliti terkenal dunia pernah menyarung busana Haute Couture, termasuk Jane Fonda, Rebecca Romjin, Katherine Heigl, Nicole Richie, Iggy Azalea, Miranda Kerr, Kelly Brook dan Sophia Bush.