Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul - Page 2 of 9 - Glam Malaysia
Istanbul

Diari GLAM: Itinerari Lengkap 3 Hari Di Istanbul

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

MENCARI BARANG ANTIK DI GRAND BAZAAR

Grand Bazaar Istanbul

Istanbul hebat dengan mempamerkan barangan antik dan klasik. Grand Bazaar dikenali sebagai Kapalıçarşı oleh penduduk tempatan. Grand Bazaar adalah salah satu destinasi membeli-belah terhebat di dunia. Berkeluasan 30,700 meter persegi dan menempatkan sekitar 4,000 kedai yang terletak di 64 jalan, ia merupakan pasaran terbesar di dunia.

Menawarkan pengunjungnya, pengalaman membeli-belah yang hebat dan peluang untuk merasakan kehidupan Uthmaniyyah, Grand Bazaar ialah tempat yang sesuai di İstanbul untuk membeli-belah permaidani dan kilim Turki, seramik İznik dan Kütahya yang terkenal di dunia, barang kemas dan barangan logam Turki dari negara itu. Dan makanan yang boleh dimakan daripada hidangan Turki kepada perasa dan rempah ratus, dan banyak lagi.

TIP: Sebelum anda menjejak kaki ke sini, adalah diwajibkan untuk lakukan tawar-menawar harga barangan! Tawar sehingga anda berjaya dapat harga paling terbaik. Hanya cakap, “What is your best price.” Dan tawar lagi, ingat di sini ada 4,000 kedai yang menjual barangan yang sama. Penjual masing-masing berlawan satu sama lain. Pengalaman saya, tawar dari harga beg kraf bernilai 1,500 lira sehingga berjaya dapat 450 lira! Menarik bukan.

See also
Kate Hudson Umum Pertunangan Dengan Pemuzik, Danny Fujikawa