Use your ← → (arrow) keys to browse
Nicol merupakan salah seorang daripada 12 penerima Panglima Jasa Negara pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Istiadat berlangsung mengikut prosedur operasi standard di mana tetamu perlu memakai pelitup muka, menyaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera.
Namun sepeti yang diketahui umum, ini bukanlah kali pertama dia dikurniakan darjah kebesaran atas sumbangannya yang membanggakan terhadap negara.