Datuk Mohd Rani Hisham Pemilik Volvo P1800 Raikan Merdeka

Volvo Bangkit Dalam Industri Automotif Seiring Malaysia Sejak 1966

Volvo sentiasa menjadi syarikat yang memandang ke hadapan untuk masa depan. Sejak jenama Sweden ini tiba di Malaysia pada tahun 1966, pembuat kereta itu telah memacu industri kereta Malaysia ke hadapan dengan ciptaan terobosannya dan keutamaannya terhadap keselamatan.

Volvo juga menjadi jenama kereta antarabangsa pertama yang membangunkan kilang pemasangan automotif di Shah Alam, Malaysia. Kilang pemasangan Volvo memulakan operasinya dengan pengeluaran Volvo 144 – kereta pertama yang dipasang di Malaysia, dan ini telah menandakan sebuah langkah besar untuk industri automotif negara.

Bagi memperkukuhkan lagi keselamatan pemandu dan penumpang, Volvo turut mencipta tali pinggang keselamatan tiga mata pada tahun 1959 dan telah mengetepikan hak patennya untuk dinikmati semua. Sehingga kini, ia dianggarkan lebih satu juta nyawa telah diselamatkan oleh tali pinggang keselamatan tiga mata ini. Bahkan jenama ini juga memperkenalkan inovasi canggih Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) pada tahun 2003 yang kini telah menjadi piawaian pada semua kereta moden pada hari ini.

Volvo merupakan pembuat kereta pertama yang memasang kereta hibrid plug-in dan kereta elektrik tulen di Malaysia pada 2016 dan 2022.

Temubual Ekslusif Bersama Datuk Mohd Rani Hisham

Gabungan warisan masa lalu dan teknologi masa hadapan menjadikan Volvo perintis dalam dunia automotif. Jadi sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan akan datang, GLAM berpeluang menemu bual bersama Datuk Mohd Rani Hisham untuk mengetahui lebih lanjut tentang Volvo dan bagaimana legasi Volvo masih relevan dengan kereta-kereta modennya sekarang.

Datuk Mohd Rani Hisham Pemilik Volvo P1800 Raikan Merdeka

Datuk Mohd Rani Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memiliki Volvo P1800 yang pastinya kereta klasik Volvo yang berdiri dalam kelas tersendiri. Bagi beliau, kereta ini melambangkan komitmen Volvo yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan keselamatan untuk kereta pada eranya.

Bolehkah Datuk berkongsi sedikit mengapa Volvo P1800 menjadi pilihan dan keistimewaan kereta ini?

Semasa saya berumur lima atau enam tahun, saya berada di Melaka. Arwah ayah saya bekerja dengan Tentera British di Kem Terendak. Dan disitulah saya ternampak Volvo P1800 buat kali pertama. Pada usia itu, saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya akan memiliki kereta ini.

See also
Kerugian RM200 Juta, Scarlett Johansson Saman Disney

Datuk Mohd Rani Hisham Pemilik Volvo P1800 Raikan Merdeka

Pada tahun 1988, saya pergi ke bengkel dan ternampak kereta ini. Saya menganggap pemilik kereta ini mahu memulihkan kereta kepada zaman kegemilangannya. Setelah berhubung dengan pemilik kereta, saya berunding dan berjaya memperoleh kereta ini.

Apakah yang paling Datuk paling suka tentang memiliki dan menyelenggara kereta klasik? Bagi saya ia agak rumit untuk menyelenggaranya. Tetapi apa yang membuat Datuk teruskan mengguna kereta ini?

Memulihkan kereta adalah perkara yang mencabar. Namun apabila kereta berada dalam keadaan yang sangat baik, ia sangat mudah untuk menyelenggara kereta kerana tiada apa-apa yang elektronik tentang kereta ini, semuanya manual dan mekanikal. Jadi sangat mudah bagi saya untuk menyelenggara kereta. Bahkan untuk mendapatkan alat ganti juga perkara yang sukar.

Bolehkah Datuk berkongsi tentang cara anda mengekalkan kereta ini, kerana bagi kami ia kelihatan seperti kereta baru?

Saya hanya mempunyai masa pada hujung minggu untuk menjaga kereta ini. Namun pada hujung minggu juga, saya mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan, tetapi saya memaksa diri saya untuk memandu kereta sekali seminggu. Ini kerana jika ia tidak dipandu, kebanyakkan bahagian kereta akan merosot, seperti tayar getah dan lain-lain lagi.

Datuk Mohd Rani Hisham Pemilik Volvo P1800 Raikan Merdeka

Volvo ialah jenama yang terkenal kerana sistem keselamatannya. Jadi bagaimana Datuk melihat standard keselamatan dan ciri-ciri dalam kereta vintaj ini berbanding model Volvo yang lebih terkini?

Ia sangat bagus. Malah, untuk kereta model 1963, Volvo sudah mempunyai tali pinggang keledar dan mereka sudah mempunyai brek cakera. Kita bayangkan sahaja pada tahun itu, apabila kereta lain tidak mempunyai semua ciri keselamatan ini dan Volvo P1800 ini mempunyai semua perkara itu.

Datuk adalah sebahagian daripada kelab pemilik kereta klasik Volvo. Bolehkah Datuk berkongsi pengalaman yang pernah Datuk lalui dengan ahli lain? Ada cerita menarik yang boleh dikongsikan?

Ya, saya pernah menjadi presiden Kelab Volvo Klasik Malaysia (KVKM). Dan yang mengejutkannya ialah ramai orang di luar sana sebenarnya menyukai Volvo. Mereka gemar model-model lama dan mereka cuba memulihkan model kereta tersebut. Satu-satunya perkara yang kelab ini sediakan adalah platform untuk semua ahli menukar maklumat dan pada asasnya bagaimana untuk mendapatkan atau mencari alat ganti.

See also
Tonton 5 Filem Romantik Ini Bersama Pasangan Anda

Sempena Merdeka dan Hari Kebangsaan ini, kita melihat kembali sejarah Volvo bersama Malaysia. Memandangkan Volvo telah berkembang di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu, apakah pendapat anda tentang evolusi Volvo di negara ini?

Itu sangat bagus, kerana Volvo bukan sahaja mula menjual kereta di Malaysia tetapi mereka sebenarnya memasang kereta-kereta ini di Shah Alam, Malaysia. Jadi penglibatan mereka di Malaysia sudah lama di sana. Malah, mereka berkembang bersama dengan pertumbuhan Malaysia dan itu sangat baik kepada saya.

Datuk juga berpeluang memandu Volvo S90 Recharge yang merupakan sedan terulung Volvo dengan rangkaian kuasa hibrid. Apakah pendapat Datuk mengenainya?

Ia satu pengalaman yang berbeza sekali. Ia kereta yang sangat baik dan sangat selesa. Volvo S90 Recharge ialah kereta kombinasi berpretasi tinggi dengan kereta yang selesa.

Volvo S90 Recharge sememangnya kenderaan yang agak luxe. Adakah terdapat sebarang titik keselesaan yang Datuk temui selepas memandunya? Adakah Datuk merasakan bahawa ia adalah kenderaan yang mewah?
Ya, terdapat banyak ciri dan item mewah dalam kereta ini. Tetapi yang paling menonjol adalah pada papan pemuka, kerana ia menu skrin sentuh. Saya juga gemarkan pencahayaannya kerana pancaran tinggi boleh dimatikan secara automatik. Malah, pada masa yang sama apabila anda memandu di selekoh, lampu pergi ke kiri dan kanan juga.

Volvo telah membuat kemajuan yang ketara dalam elektrifikasi. Jenama ini juga telah membuat komitmen untuk menjual hanya kereta elektrik tulen menjelang 2030. Apakah pendapat Datuk tentang langkah ini?
Saya fikir Volvo akan menjadi salah satu jenama yang berjaya kerana Volvo mempunyai imej yang mana mereka akan menggabungkan keselamatan dan teknologi. Ia adalah gabungan yang sangat baik.

Jadi, bagaimana Datuk melihat pendekatan Volvo terhadap kemampanan dan kesedaran alam sekitar dalam landskap automotif hari ini? Dan adakah ini sejajar dengan nilai peribadi Datuk sendiri?
Ya, sudah pasti. Ini kerana semua orang perlu menyumbang kepada pengurangan jejak karbon. Volvo sentiasa mengambil langkah ini dengan baik. Dan seperti yang saya katakan, mereka menggabungkan isu keselamatan dan teknologi serta isu alam sekitar. Apa yang saya amati ialah bateri sebenarnya diletakkan betul-betul di tengah-tengah kereta, oleh itu ia tidak memberikan sebarang isu keselamatan.

See also
5 Aktres Yang Pernah (Dan Bakal) Melakonkan Watak Diana, Princess of Wales

Dengan pengalaman dan pengetahuan luas Datuk tentang kereta klasik, dan kini dengan pengalaman  dalam hibrid elektrik terkini daripada Volvo, apakah hasrat dan cadangan Datuk untuk Volvo dalam membentuk landskap automotif Malaysia?
Oh, ini adalah soalan yang sukar. Saya amat pasti dengan inisiatif Volvo untuk menuju ke arah EV akan membantu negara. Dan semua inisiatif yang dilakukan pada bahagian keselamatannya, pasti akan menjadi sangat baik kepada pemilik dan pemandu kereta pada masa depan.

Istimewa Hari Merdeka & Hari Malaysia

Volvo Car Malaysia ingin memperingati 57 tahunnya bersama Malaysia dengan promosi untuk kedua-dua rangkaian BEV dan hibrid semasa Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Daripada sekarang hingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli model Volvo Recharge Pure Electric baharu (XC40 Recharge Pure Electric atau C40 Recharge Pure Electric) dengan Perkhidmatan Kewangan Kereta Volvo akan menikmati faedah pengurangan harga akhir serta-merta bernilai RM20,000 dengan penjimatan tambahan melalui kaedah pengurangan prinsipal.

Terdapat juga faedah daripada tempoh pembiayaan yang lebih pendek, iaitu tiada bayaran keluar selepas penyelesaian awal. Promosi ini juga terpakai apabila anda memesan Volvo XC40 Recharge Pure Electric atau Volvo C40 Recharge Pure Electric dalam talian di https://shop.digitalvolvo.com/my/shop-online.

Pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan elektrik hibrid Volvo dalam tempoh masa yang sama juga akan menikmati tawaran insurans kereta percuma dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000.

VSP ialah pakej servis kereta komprehensif bernilai RM12,900 yang meliputi lima sesi servis kereta pertama anda, termasuk barangan haus dan lusuh serta kos buruh, kemas kini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan, manakala insurans kereta percuma untuk tahun pertama pula bernilai RM7,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai kenderaan elektrik Volvo Car Malaysia, sila layari www.volvocars.com/my/v/cars/plug-in-hybrids atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram at http://bit.ly/VolvoMY-IG.