Datin X: Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula - Glam Malaysia
Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula

Datin X: Kemaruk Jawatan ‘Popular’, Ludah Lama Dijilat Semula

Letak jawatan mengikut perasaan, walau jawatan yang digendong ketika itu merupakan satu-satunya dream job Datin Embun sejak dari kecil lagi. Apa agaknya isi tersirat daripada keputusan drastik ini? – Datin X

“Bersyukur rasanya bila sudah tidak lagi bergelumang dengan gossip dan socialite ataupun pemuja fesyen. Baru aman rasa hidup ni, I tak perlu lagi berpura- pura,” kata Datin Embun kepada Datin X sebaik sahaja dia mewar-warkan pada satu Malaysia dia tidak lagi bersama syarikat XYZ. Terdetik di hati Datin X, “Teruk sangatkah pekerjaan dia yang dahulu?” Datin Embun pula mengeluarkan faktanya, “Ramai manusia fake dan bila terpaksa bekerja bersama kaum-kaum LGBT… tbh, I langsung tak gemar.”

Selang beberapa bulan Datin Embun mula aktif di media sosial. Hari ini dia keluar dengan posting motivasi. Berkata- kata positif untuk sertai bandwagon #quotesoftheday. Penyalur positiviti, bak seorang ikon memberi semangat kepada pengikut-pengikutnya setiap hari. Esoknya pula dia tampil memperkenalkan hobi baru, lusa dia memberitahu betapa sibuknya hari-hari di rumah bersama anak- anak dan menu masakan yang baru sahaja di cuba-cuba. Tulat, penuh di IG stories dengan updates bercucuk tanam di halaman rumah pula. Maaf, pada Datin X, you’re trying so hard, honey!

Dari hari ke minggu, dari minggu ke bulan-bulan yang amat produktif berbanding sebelum ini. Tak pernah pula Datin X lihat dia secergas itu ketika di syarikat XYZ. Apa-apa pun, itu hak dia sebagai seorang manusia dan Datin X berdoa apa jua yang dikongsi di media sosial itu adalah dirinya sebenar, dan bukan lagi her alter ego!

Pautan berkaitan: DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Tembelang Dato’ Seri Berbini Dua

See also
Datin X: Datin Sanggup Beli Cinta Namun Tetap Gersang

Mengapa Datin X kata begitu? Dulu bila ke pejabat, Datin Embun bukan kaki melawa walau jawatan yang disandang bukan calang-calang. Jawatan yang sering digilai dan dicemburui malah sering menjadi bualan seantero dunia. Bila ke pejabat asal datang sahaja, bikin kerja sambil lewa dan pulang ikut suka. Anak buah yang memandang mula terikut- ikut. Samalah seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Mengata orang memang sedap namun bila diri sendiri perlu menjadi contoh, agak sukar sekali.

Sejak berhenti dari syarikat XYZ, ada desas-desus Datin X dengar yang dia seronok mengutuk sana sini hasil kerja team yang baru. Ada sahaja tak kena pada matanya. Mungkin ada dua sebab; sama ada dia masih tidak boleh move on dan masih mengharap syarikat XYZ memujuknya kembali menyandang jawatan lama atau dia benar-benar rasa sayang dan cinta pada titik peluhnya selama ini disabotaj dengan hasil kerja team baru yang tidak memuaskan hati sampai sakit biji matanya.

Ketika itu Datin X tertanya, katanya tidak mahu mengejar duniawi namun komen sebegini juga langsung tidak selari dengan sahsiah diri sempurna yang dilaung di media sosialnya. Dan jika niat sebenar dia berhenti kerja adalah untuk memutuskan hubungan dengan pekerjaan yang penuh dosa, mengapa fokus hariannya tidak tertumpu kepada mencari diri dan mempertingkatkan ilmu agama? Allah sudah membuka jalan mudah untuknya; berhenti kerja yang memenatkan, lebih masa bersama keluarga dan mencari diri yang telah lama hilang.

See also
Datin X: Sosialit Kuala Lumpur

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM NOVEMBER 2021

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa