Use your ← → (arrow) keys to browse
Daniel membintangi lima filem Bond dari tahun 2006 sebelum mengakhiri perjalanannya sebagai watak ikonik itu dalam filem 2021, No Time To Die.
Dia pernah membuat penampilan istimewa sebagai Ejen 007 di samping Ratu Elizabeth II dalam sebuah video untuk merasmikan Sukan Olimpik London pada 2012.
The Order of St Michael and St George yang diterimanya adalah pingat sama yang dianugerahkan kepada watak perisik terkenal itu dalam novel karya Ian Fleming.
Dalam buku From Russia With Love, seorang ketua perisik menyatakan bahawa Ejen 007 “dikurniakan CMG pada 1953, anugerah yang biasanya diberikan hanya selepas bersara daripada Perkhidmatan Rahsia”.