Dalam Diam Kim Kardashian Meminati Dr. Pimple Popper - Glam Malaysia

Dalam Diam Kim Kardashian Meminati Dr. Pimple Popper

Ya, mengejutkan! Dr. Pimple Popper atau nama sebenarnya Dr. Sandra Lee mendedahkan, salah seorang selebriti yang tidak dijangka menjadi peminat fanatiknya adalah pengasas KKW Beauty, Kim Kardashian.

“Dia datang bertemu saya (bukan sebagai pesakit) di pejabat untuk mengucapkan ‘helo’ dan mengaku dia obses dengan rancangan saya,” kata Sandra kepada US Weekly, ketika berbicara mengenai sirinya untuk musim terbaru. “Saya betul-betul tak sangka.”

Pakar dermatologi tersebut juga tidak percaya betapa dia dikenali di Hollywood melalui rancangannya.

“Gwyneth Paltrow, Selena Gomez, Ashley Graham – ramai yang menjadi peminat. Sangat menakjubkan,” jelasnya. “Ia sangat istimewa sebenarnya, kerana mereka semua terkenal. Dan bila mereka meminati atau datang sendiri kepada anda mengatakan mereka menggemari rancangan anda, ia sangat menyentuh hati.”

Kim Kardashian prepares to tackle her acne during house call from Sandra Lee  (AKA Dr. Pimple Popper) | Daily Mail Online
Foto: Instagram

Sandra mula dikenali selepas memuat naik video dia memicit jerawat, bengkak bernanah, lipoma dan benjolan besar pelanggan di media sosial. Dari situ, dia memulakan siri realiti TLC, Dr. Pimple Popper pada 2018.

See also
Apakah Item Solek Holy Grail Kim K?

Anak jati California itu pernah berhadapan dengan pelbagai masalah kulit serius sepanjang kerjayanya sebagai pakar dermatologi selama bertahun-tahun. Akuinya, dia tidak pernah terganggu dengan semua itu, namun ada satu perkara spesifik yang membuatnya berasa tidak selesa.

“Saya geli dengan daging lembu dan ayam mentah,” katanya. “Saya tidak boleh pegang dengan jari, kalau pakai sarung tangan tak mengapa. Itu juga yang saya fikirkan mengenai pembedahan, dan saya rasa kita telah melatih diri untuk tidak memberi reaksi secara negatif, yang juga membantu anda untuk tidak berasa negatif. Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu pelanggan berasa malu dengan masalah kulit mereka.”

Foto: John Salangsang/Shutterstock, Matt Baron/Shutterstock

Baca: Kylie Jenner Diserang Aktivis Hak Asasi Haiwan Ketika Membeli-belah