Gigi Tampil Putih Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit
colgate optic

Hanya 10 Minit, Gigi Tampil Putih Dengan Colgate Optic White FlexLight LED Kit

Buat anda yang inginkan gigi putih berseri agar kekal berkeyakinan, GLAM ada solusinya. Dekati Colgate Optic White FlexLight LED Kit, dan rasai pengalaman luar biasa.

Gigi yang tidak menyerlah ternyata mampu membuatkan diri serta-merta tiada keyakinan. Dan kadang-kala gigi tidak menyerlah ini adalah berpunca daripada masalah kekuningan yang diakibatkan oleh amalan gaya hidup yang tidak kita sedari (walaupun anda telah menggosok gigi setiap hari).

Apabila berkata tentang gaya hidup, faktor seperti,pengambilan kopi, teh dan makanan seperti kari secara berlebihan antara yang sebenarnya menyumbang kepada punca gigi kuning. Dan sesungguhnya gigi kuning ini tidaklah mudah untuk dirawat dan bukanlah sekadar bersandarkan pada amalan menggosok gigi sahaja. Namun, tidak semua wanita berkerjaya di luar sana punya masa untuk diluangkan berkunjung ke pusat gigi tiap-tiap bulan semata-mata untuk melakukan rawatan pemutihan gigi.

Colgate Optic White

Oleh kerana itu, jenama penjagaan gigi Colgate, tampil dengan solusi hebat dalam memperkenalkan kit sempurna untuk anda melakukan rawatan pemutihan gigi terus dari rumah. Mereka memperkenalkan produk terbaharu, Colgate Optic White FlexLight LED Kit, peranti lengkap yang cukup mudah untuk digunakan dan mampu memberi hasil gigi putih dengan penggunaan 10 minit sahaja setiap malam.

See also
Tip Cantik: Kenal Kulit Wajah Anda Dengan Betul

Jika sebelum ini, Colgate telah memperkenalkan produk Optic White O2 Teeth Whitening Pen di mana ia berfungsi untuk memutihkan gigi sehingga tiga tona lebih cerah. Kali ini mereka melancarkan pula peranti Colgate Optic White FlexLight LED. Ternyata peranti ini membuatkan kami menjadi lebih tertarik untuk mencuba kit pemutih ini. Apakah yang membuatkan kami teruja dengan peranti ini? 

Namun, penggunaan peranti LED ini haruslah dipadu bersama dengan O2 Teeth Whitening Pen tersebut bagi mempercepatkan lagi proses pemutihan. Ini kerana, di dalam pen serum ini memiliki lapisan konsentrasi Active Oxygen Whitening yang mampu menyerapkan serum terus ke dalam enamel gigi, langsung memutih daripada luar dan dalam. Walaupun penggunaan pen serum sahaja sudah mampu memberikan impak gigi putih tiga tona, namun jika digunakan bersama peranti FlexLight LED ini, ia akan memberi efek pemutih yang lebih pantas. Seeloknya amalkan rutin ini pada sebelah malam dan membiarkan ia dirawat sepanjang anda tidur.

Colgate Optic White

Kehebatan daripada segi teknologinya dimana Colgate menghasilkan peranti ini dengan mempatenkan cahaya indigo (kadar kuasanya lebih tinggi berbanding cahaya biru biasa) langsung meningkatkan lagi kadar pengaktifan Active Oxygen Whitening yang terdapat di dalam Optic White O2 Teeth Whitening pen.

See also
4 Organisasi NGO Wanita Malaysia Anda Perlu Kenali

Jika anda menggunakan set lengkap, ia hanya mengambil masa selama 10 minit setiap malam, dan anda boleh memuatkan rutin ini ketika melakukan rutin kecantikan dan penjagaan wajah sebelah malam sebelum masuk tidur. 

Cara Menggunakan Colgate Optic White FlexLight LED Kit

Colgate Optic White

  1. Mulakan dengan menggosok gigi dan sesudah itu, lap kering gigi menggunakan tisu.
  2. Sapukan Active Oxygen Whitening Serum yang terdapat pada Optic White O2 Teeth Whitening Pen pada gigi secara menyeluruh.
  3. Sambungkan peranti Optic White FlexLight LED pada telefon pintar anda.
  4. Tekan butang pengaktifan, kemudian masukkan peranti LED ke dalam mulut mendakap gigi dan biarkan selama 10 minit.
  5. Usai 10 minit, tanggalkan peranti. Anda hanya perlu menggosok gigi pada keesokan paginya. 

 

Sesungguhnya, penjagaan gigi amat penting agar penampilan tampak lebih berkeyakinan apabila bersemuka dengan orang sekeliling. Seperti mana anda menjaga kulit wajah, rambut dan gaya peribadi diri, jangan langsung melupakan penjagaan gigi. Pastikan anda memasukkan rutin ini sebagai salah satu rutin cantik wajib anda sebelum tidur. Sesungguhnya, Colgate tampil memberi solusi mudah untuk wanita berkerjaya seperti anda!

See also
Diet Pelik Amalan 4 Atlet Selebriti Terkenal Dunia

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, kunjungi laman rasmi Colgate, Shopee, Watsons juga Lazada dan anda boleh dapatkan produk ini di sini.