Camila Cabello Kembali Berpacaran Selepas Sembilan Bulan Hidup Solo - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Camila Cabello Bakal Sertai The Voice Musim Ke-22

Camila Cabello Kembali Berpacaran Selepas Sembilan Bulan Hidup Solo

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berita percintaan pelantun Bam Bam ini muncul sembilan bulan selepas dia dan Shawn membuat keputusan untuk berpisah setelah lebih dua tahun menyulam cinta.

Mereka mengumumkan perpisahan pada November 2021 menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.

“Kami membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan romantis namun cinta kami terhadap satu sama lain sebagai manusia lebih mendalam berbanding sebelumnya.

“Kami memulakan perhubungan ini sebagai rakan baik dan akan terus menjadi rakan baik. Kami juga menghargai sokongan anda semua dari awal perhubungan dan di masa akan datang,” tulis mereka.

.

 

Foto: David Needleman

 

Baca: Ada Apa Dengan Harry Styles & Camila Cabello?