Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelantun lagu Senorita, Camila Cabello tidak akan membiarkan dirinya menjadi mangsa kutukan netizen di internet.
Camila memuat naik satu video di media sosial untuk menyampaikan mesej penuh inspirasi mengenai positiviti tubuh sambil menayang perutnya Jumaat lalu.
“Saya sedang berjoging di taman sambil menyarung baju yang menampakkan perut dalam usaha untuk mencergaskan tubuh, menjadi lebih sihat. Saya tidak mengempiskan perut ketika itu kerana saya sedang berlari dan cuba menjadi normal seperti orang lain,” katanya dalam video TikTok yang dimuat naik.
“Dan saya tiba-tiba terfikir, ‘Alamak’. Namun saya mengingatkan diri sendiri bahawa ‘berperang’ dengan tubuh sendiri adalah sesuatu yang ketinggalan zaman,” tambahnya.