Untuk tahun 2020, kumpulan ini mencipta sejarah dengan menjadi artis Korea pertama dicalonkan dalam Anugerah Grammy untuk lagu hit Dynamite, lagu pertama oleh kumpulan Korea yang mengungguli Billboard Hot 100.
Hit terbaharu mereka, Life Goes On juga menjuarai carta Hot 100, menjadikannya lagu dalam bahasa Korea pertama yang pernah menduduki tangga teratas.
foto: Big Hit Entertainment
“BTS adalah artis Asia pertama yang diletakkan sebaris dengan bintang-bintang terhebat yang bahasa ibundanya adalah Inggeris. Walaupun hasil karya artis bukan berkulit putih sering diketepikan dan diletak dalam kategori asing, pengiktirafan tertinggi media barat kepada kumpulan muzik berbahasa Korea adalah satu pencapai terhebat.
“Dengan segala apa yang dicapai BTS pada 2020, warga Amerika Syarikat tidak mampu menafikan kelayakan dan pengaruh K-Pop dalam industri muzik global,” kata pembantu eksekutif pengarang Billboard, Mia Nazareno.
Selain kejayaan ini, BTS juga pernah dinamakan sebagai Penghibur Terbaik 2020 oleh majalah Time akhir tahun lalu.