Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyanyi sensasi Billie Eilish kini sedang mendaki kemuncak kemasyhuran yang lebih tinggi dengan pelancaran album studio keduanya, Happier Than Ever yang bakal dilancarkan pada 30 Julai 2021.
Dia bakal memeriahkan beberapa festival muzik secara langsung tahun ini setelah sekatan pergerakan menjadi longgar kerana penyusutan kes Covid-19 di seluruh dunia.
Happier Than Ever merupakan album yang paling dinanti-nantikan peminat Billie dan dijangka akan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia, sama seperti hantarannya di media sosial yang menerima jutaan likes hanya selepas beberapa minit dimuat naik.