Use your ← → (arrow) keys to browse
Album terbaharu Billie telah tiga minggu menjuarai carta Billboard 200, di mana dia mengetuai carta tiga teratas yang kesemuanya dirangkul oleh penyanyi wanita. Tempat kedua dan ketiga milik Doja Cat (Planet Her) dan Olivia Rodrigo (Sour).
Dia bakal mempersembahkan kesemua lagu daripada album terbaharunya di Hollywood Bowl yang dinobat antara sepuluh arena muzik secara langsung terbaik oleh majalah Rolling Stone.