Use your ← → (arrow) keys to browse
Sebulan selepas pelancaran album studio kedua berjudul Happier Than Ever, Billie Eilish membuat keputusan untuk tampil dengan gaya rambut baharu.
Billie mendedahkan penampilan terkininya kepada peminat di Instagram Story Isnin lalu. Menerusi satu swafoto yang dirakam di dalam kereta, wajahnya kelihatan segar dengan potongan rambut bob.
Pelantun lagu NDA itu juga berkongsi sumber inspirasi untuk gaya terbaharunya iaitu ibunya sendiri, Maggie Baird. Dia memuat naik naik foto hitam putih ibunya sewaktu muda dan persamaan antara mereka jelas kelihatan.