“Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” - Mimi Lana - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
“Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” - Mimi Lana

“Bersederhana Itu Adalah Impian Perkahwinan Saya” – Mimi Lana

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tersentuh dengan respons orang ramai, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memuat naik satu hantaran sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Syafiq.

“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih tidak terhingga atas segala doa-doa yang baik daripada kalian. I am so humbled by your kind words. 90% adalah perancangan Allah, hanya 10% datang daripada saya.

“Segala yang terlihat berlangsung beyond my expectations. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua di sekeliling merestuinya dengan mudah.

“Selama 27 tahun, ini pertama kali saya rasa sangat disayangi oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah,” tulisnya panjang lebar.

Syafiq Kyle Mimi Lana

Foto: Instagram

 

Foto: Instagram

 

Baca: Ikatan Perkahwinan Nad Zainal & Muhammad Faliq Terlerai