Use your ← → (arrow) keys to browse
Kemunculan Kim Kardashian di acara Met Gala yang bertemakan In America: A Lexicon of Fashion sememangnya mencuri tumpuan.
Tahun ini, Kim memilih untuk tampil di luar kebiasaan dalam sut badan serba hitam dari hujung rambut ke hujung kaki, malah tanpa sebarang perhiasan mahupun aksesori berkilauan.
Selain persalinannya yang merangkumi topeng muka, turut menjadi perhatian adalah ponytail dengan kepanjangan 75 inci yang menghiasi kepalanya. Ia mendapat sentuhan jurudandan selebriti terkenal, Chris Appleton.