Use your ← → (arrow) keys to browse
1- Bertolak-ansur
Sedari awal percintaan lagi, sudah harus diwujudkan rasa bertolak-ansur di dalam diri masing-masing. Ini adalah sebaik-baik sifat yang menjadi kunci utama kepada kebahagian, baik dalam perhubungan keluarga mahupun hubungan cinta. Perlu sentiasa menyemat di dalam minda dan jiwa, manusia secara lumrahnya tidak dilahirkan hidup bersendirian. Hidup pasti diselubungi orang sekeliling. Maka, tidak asing untuk seorang manusia itu berhadapan dengan isu dan konflik harian. Amalkan toleransi apabila berhadapan situasi tegang. Percayalah hidup akan menjadi lebih mudah dan tenang.