Use your ← → (arrow) keys to browse
Dedahnya kepada hos televisyen dan pengembara Bear Grylls, dia mengambil masa kira-kira setahun untuk pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.
“Anda tidak menghargai kelebihan fizikal yang ada sehinggalah ia hilang. Ia membuatkan saya terfikir, ‘Adakah saya akan dapat melihat lagi, adakah saya akan mendengar lagi, adakah saya akan mampu berjalan lagi’. Saya amat bertuah kerana masih hidup,” tambahnya.
Vaskulitis adalah radang yang boleh menyebabkan penebalan dan penyempitan saluran darah serta mengakibatkan sekatan aliran darah sehingga terjadinya kerosakan pada tisu dan organ yang terlibat, menurut portal MyHealth.
Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, ubat-ubatan, kanser, penyakit darah mahupun penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritematosus. Bagi sesetengah kes, puncanya masih tidak dapat dikenal pasti.