Use your ← → (arrow) keys to browse
Acara yang dihadiri mereka adalah keraian untuk Young Eisner Scholars, sebuah organisasi bukan untung yang diasaskan oleh bapa Louis, Eric Eisner, seorang peguam yang pernah menjadi presiden David Geffen Company.
Ibu Louis pula adalah Lisa Eisner, pereka barang kemas yang sebelum ini pernah bekerja sebagai jurufoto fesyen, penerbit buku dan pengarang Vogue.
Pada Mei 2022, pereka fesyen itu mencetuskan spekulasi pertunangan apabila dirakam menyarung cincin emas di jari manisnya.
Dua bulan kemudian, Louis memuat naik sekeping foto ‘ganjil’ teman wanitanya di Instagram Story di mana Ashley dilihat memegang segelas bir dan sebilah parang panjang semasa mendaki.