Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Full House yang kini bergelar mogul fesyen, Ashley Olsen selamat melangsungkan perkahwinan dengan pelukis, Louis Eisner dalam satu majlis intim minggu lalu.
Menurut Page Six, majlis Ashley dan teman lelakinya selama lima tahun itu berlangsung di sebuah kediaman mewah di Bel-Air dan hanya dihadiri oleh 50 tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan itu dilaporkan mula menjalin hubungan romantis pada 2017 dan memilih untuk menyembunyikan percintaan mereka daripada pengetahuan peminat.
Bagaimanapun selepas empat tahun bersama, Ashley dan Louis membuat kemunculan pertama sebagai pasangan kekasih di acara karpet merah pada September 2021.