Perceraian Selebriti Malaysia Pada Tahun 2023
Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023

Artis Malaysia Yang Melalui Perceraian Perit Pada 2023

Perceraian selebriti dilihat bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini terutama di Hollywood.

Tahun 2023 menyaksikan beberapa mahligai perkahwinan artis popular berkecai dilanda badai. Ikatan cinta yang disemai bertahun-tahun tidak menjanjikan kebahagiaan abadi dan berakhir dengan perceraian.

Power couple, Joe Manganiello dan Sofia Vergara mengumumkan perpisahan mereka bulan lalu atas sebab tiada persefahaman. Selepas beberapa hari, peminat dikejutkan pula dengan berita perceraian Ariana Grande dan suaminya, Dalton Gomez.

Mangsa terbaharu adalah aktres Black Swan, Natalie Portman. Mahligai 11 tahun yang dibina bersama pereka tari Perancis, Benjamin Millepied musnah sekelip mata disebabkan orang ketiga. Industri hiburan tempatan juga tidak terlepas daripada berita perceraian selebriti.

Glam senaraikan perceraian selebriti yang menjadi bualan hangat tahun ini

Diana Danielle & Farid Kamil

Pasangan sama cantik sama padan ini sah bercerai talak satu pada 10 Ogos selepas gagal mempertahankan mahligai perkahwinan. Disebabkan kurang sihat dan tidak dapat hadir ke mahkamah, Farid melafazkan talak menerusi panggilan video.

See also
Disney Bersama YAM Tengku Zatashah Serta Pereka Fesyen Malaysia Mempersembahkan Koleksi Couture Istimewa

Mac lalu Diana menfailkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya perbalahan berpanjangan. Mereka disatukan sebagai suami isteri pada 3 November 2021 dan dikurnia dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

perceraian artis malaysia

Foto: Instagram

Datuk ND Lala & Fauziah Sarman

Setelah 34 tahun hidup bersama dan memiliki empat cahaya mata, pengacara dan penyanyi veteran ini menceraikan isterinya pada 2 Ogos lalu. Fauziah memaklumkan lafaz cerai dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp empat hari kemudian.

Rumah tangga pasangan itu bergelora setelah ND Lala didakwa berkahwin dengan sahabat zaman sekolah anaknya Shila Amzah. Malah Fauziah berkata bekas suami dan madunya sebenarnya telah pun bernikah sejak lapan tahun lalu.

perceraian artis malaysia

Foto: Beautifulnara

Afiq Muiz & Pachara Apin

Kemelut rumah tangga aktor berusia 31 tahun ini menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu dengan isterinya pada 18 Julai lalu. Perceraian itu dibuat tanpa sebarang tuntutan daripada Pachara. Ini termasuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

See also
The Chow Kit Menghadirkan Nostalgia Ramadhan

Afiq juga bersetuju menarik semua kes nusyuz yang difailkan pada 15 Jun di mana dia mendakwa isterinya berlaku curang. Pasangan ini berkahwin pada 2019 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

perceraian artis malaysia

Foto: MStar

Aziz M. Osman & Puteri Lily

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga pelakon, pengarah dan penerbit ini yang dibina pada 6 Jun 2010 menemui penghujungnya bulan lalu. Puteri Lily memaklumkan keputusan itu bukanlah disebabkan orang ketiga tetapi kerana jodoh tidak panjang.

Malah katanya perceraian itu tidak menjejaskan hubungan mereka demi kebaikan anak-anak, Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan.

Foto: Instagram

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof

Selepas beberapa bulan naik turun mahkamah, Puteri Sarah menarik nafas lega selepas hasratnya untuk ‘dilepaskan’ menjadi kenyataan. Tanggal 14 Jun, Syamsul Yusof melafazkan talak satu terhadap aktres itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes perceraian selebriti ini antara topik bualan hangat sejak beberapa bulan ini.

Rumah tangga mereka retak sejak empat tahun lalu disebabkan perbalahan berpanjangan dan kewujudan orang ketiga. Mereka mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurnia dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Foto: Utusan

Fyna Jebat & Datuk Zainal Abidin Hassan

Pasangan dengan perbezaan usia 31 tahun ini hanya sempat melayari bahtera perkahwinan selama empat bulan. Mereka dilaporkan berkahwin pada awal tahun namun bercerai Mei lalu.

See also
Pameran Pertama Brad Pitt Sebagai Pengukir Arca

Rumah tangga Fyna dilandai badai sejak awal perkahwinan kerana tidak mendapat restu isteri pertama bekas jurulatih bola sepak itu, Datin Zalina Zaini.

Foto: Vocket

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Pergolakan rumah tangga pasangan dihidu peminat selepas tularnya dakwaan bahawa Hafidz Rosli menjalin hubungan dengan wanita lain. Tanggal 22 Februari, aktor itu melafazkan cerai terhadap isterinya menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga.

Perceraian mereka disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu. Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 30 April 2016 dan berkongsi dua cahaya mata, Humairah dan Umar.

Foto: Instagram

 

Foto: Instagram/NST

Artikel berkaitan: 5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood