Use your ← → (arrow) keys to browse
April lalu, Grande berkongsi koleksi foto peribadinya bersama Gomez berserta kapsyen romantis. “Nyawa saya, cinta hati saya! Terima kasih kerana menjadi diri sendiri,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsi kira-kira sebulan selepas pasangan tersebut dirakam menikmati makan malam romantis di Los Angeles. Mereka sebelum ini menjalin hubungan secara rahsia.
“Gomez lebih suka jika perhubungan ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum,” menurut sumber.
Pasangan ini mendedahkan perhubungan mereka secara terbuka ketika muncul dalam dalam video muzik Grande bersama Justin Bieber, Stuck With U pada Mei tahun lalu, diikuti perkongsian beberapa foto romantis di Instagram pada bulan Jun.