Sebelum memuat naik video itu, Salma meraikan ulang tahun kelahirannya dengan berkongsi foto dirinya menyarung sut mandi biru di tepi pantai berserta kapsyen, “Selamat hari jadi ke-55 buat saya. Tidak sabar mahu menempuh cabaran baharu,” tulisnya.
Salma dan Angelina berkongsi peranan besar dalam filem Marvel yang akan datang, Eternals yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Chole Zhao.
Filem yang turut dibintangi oleh Gemma Chan, Richard Madeen, Kumail Nanjiani dan Brian Tyre Henry itu dijadualkan menemui peminat pada 5 November 2021.