Angelina Jolie Bimbang Keselamatan Keluarga Sewaktu Bergelar Isteri Brad Pitt - Page 4 of 4 - Glam Malaysia
Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Akhirnya Terbongkar

Angelina Jolie Bimbang Keselamatan Keluarga Sewaktu Bergelar Isteri Brad Pitt

4 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Brad sebelum ini mengakui berdepan dengan masalah ketagihan alkohol dan pernah menengking salah seorang anaknya, namun menafikan tuduhan mendera secara fizikal.

Apabila ditanya mengenai pilihannya untuk bercerai, Angelina mengakui tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa pertimbangan sewajarnya. “Terdapat banyak sebab mengapa saya perlu berpisah dengan bapa kepada anak-anak saya,” ujarnya.

Impiannya kini adalah untuk melihat keluarganya keluar daripada situasi rumit ini.

“Saya hanya mahu lihat emosi keluarga kembali pulih. Dan saya mahu semua orang terus memandang dan melangkah ke hadapan, termasuk bapa kepada anak-anak saya. Saya mahu kami semua sembuh dan hidup dalam harmoni. Kami sentiasa akan menjadi sebuah keluarga.”

 

Foto: AP

 

Baca: Angelina Jolie Lalui Kehidupan Sukar Selepas Bercerai