Use your ← → (arrow) keys to browse
Umum mengetahui suami kepada Amber Heard, Johnny Depp kalah dalam kes saman Mahkamah Tinggi di mana akhbar The Sun menggelarnya ‘kaki pukul’ pada 2018.
Namun ini tidak menghalang peguamnya untuk terus berjuang dalam tuntutan saman fitnah terhadap Amber yang masih berlangsung sehingga kini.
Walaupun mahkamah telah memberi kata putus terhadap Johnny dan menolak usulnya untuk membuat rayuan, konsensus awam nampaknya menyokong bintang Pirates of the Caribbean itu disebabkan munculnya bukti-bukti baru yang memihak kepadanya.
Terbaharu adalah rakaman video badan mengenai situasi sebenar yang berlaku sewaktu pihak polis mendapat panggilan untuk meleraikan pergaduhan antara pasangan suami isteri itu.