Use your ← → (arrow) keys to browse
Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard berakhir Jun lalu, menyaksikan kemenangan berpihak kepada aktor tersebut.
Tujuh juri yang bersidang di Fairfax County Circuit Courthouse, Virginia memutuskan Amber perlu membayar ganti rugi sebanyak RM66 juta kepada Johnny atas fitnah yang ditulisnya dalam kolum Washington Post.
Menerusi artikel yang disiarkan pada 2018, bintang Aquaman itu merujuk dirinya sebagai seorang ‘tokoh masyarakat yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga’.
Juri memutuskan bahawa tiga kenyataan dalam penulisan tersebut berunsur fitnah seterusnya mengarahkannya membayar ganti rugi pampasan dan ganti rugi punitif. Disebabkan hak berkanun di Virginia, Johnny hanya akan menerima sekitar RM36.5 juta.