Use your ← → (arrow) keys to browse
Video itu dirakamkan ketika Mizz Nina dijemput sebagai tetamu untuk program bertajuk A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and Its Cure di persidangan Spiritual Summit pada 21 Ogos lalu.
Dalam perkongsiannya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman bercakap tentang perancangan hidup yang diatur oleh Allah dan konsep redha terhadap ketentuan-Nya.
“Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset apabila ditimpa ujian dan fahami apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
“Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara sama ada dengan mengabulkannya, menyelamatkan kita daripada keburukan lebih besar, atau menyimpannya untuk akhirat kelak,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi.