Use your ← → (arrow) keys to browse
Jun lalu, pelakon Sweet Dreams ini berkongsi kepada peminat di Instagram bahawa dia mahu mengehadkan aktivitinya dalam industri hiburan untuk meluangkan lebih masa bersama suami, Wan Emir Astar.
“Saya telah bekerja keras selama empat tahun dari 2016 sehingga 2019. Saya menjalani penggambaran tanpa henti. Setelah berkahwin, saya rasakan perlu untuk saya susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang juga masa untuk suami dan keluarga.
“Saya perlu hadkan diri dengan penggambaran, saya teruja kerana ada masa bersama suami. Insya-Allah jika ada rezeki mendapat cahaya mata, saya perlu luangkan lebih banyak masa lagi bersama keluarga,” katanya.