Use your ← → (arrow) keys to browse
Menurut Mira, dia pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan rancangan itu apabila kontrak berakhir hujung tahun ini, namun tidak menyangka ia berlaku lebih awal iaitu pada 1 Ogos lalu.
“Perancangan awal bersama pengurus, saya pernah memberitahu pada awal tahun lalu bahawa ini mungkin tahun terakhir saya bersama Nona. Saya mahu fokus pada perkara lain tahun hadapan.
“Hampir empat tahun bersama Nona, saya rasa terlalu selesa. Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang kepada orang lain dan membuka ruang pada diri untuk mencuba perkara baharu,” tambahnya.
Dia juga mengakui berasa gembira dan menerima berita ini dengan hari terbuka. “Alhamdulillah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.”