Use your ← → (arrow) keys to browse
Video tersebut kemudian tular, menjadikan Wendy sebagai bahan kritikan netizen. Malah ada yang membangkitkan isu lalu di mana dia pengsan di rancangan televisyen secara langsung dan penyalahgunaan dadah sebelum ini.
“Dia jatuh pengsan di televisyen…tetapi saya rasa itu pilihannya,” perli seorang netizen.
Seorang lagi menulis, “Dia mengambil kokain tetapi tidak mempercayai vaksin?! Oh okey…”.
Wendy membuat kemunculan pertama dalam rancangan bual bicara The Wendy Williams Show pada musim panas 2008. Tidak pernah sekali pun dia menunda rancangan tersebut atas apa jua alasan sehingga Februari 2018, apabila dia mengumumkan mahu berehat selama tiga minggu setelah didiagnos menghidap penyakit Grave dan hipertiroidisme.