Use your ← → (arrow) keys to browse
Dr. Oz yang kelihatan bingung cuba mengubah pandangan hos itu kerana apa yang diperkatakan dan dipercayai oleh tokoh masyarakat seperti Wendy sangat penting bagi orang awam di luar sana.
“Berjuta-juta penduduk Amerika akan berkata, ‘Wendy tidak mengambil vaksin jadi saya juga tidak akan mendapatkannya’. Justeru saya akan bertanya sekali lagi. Apa yang membuatkan anda bimbang?
“Sepuluh juta penduduk menerima suntikan vaksin tanpa apa-apa masalah. Jiran, adik-beradik malah anak anda sendiri divaksin. Jika mereka tidak menghadapi sebarang masalah, pasti anda juga begitu. Adakah tidak berbaloi untuk ada mempertimbangkan vaksin ini?” tanya pakar bedah kardiothorasik itu.
Namun personaliti media dan usahawan itu tetap nekad dengan keputusannya dengan alasan sama: Dia tidak mempercayai keberkesanan vaksin Covid-19.
“Doktor memang bijak, tetapi mereka tidak mengetahui segalanya dan ia telah terbukti. Namun saya tidak menghalang anda untuk mendapatkan vaksin, saya cuma mengatakan saya tidak akan mengambilnya.”