Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini hos rancangan bual bicara, Wendy Williams menerima kecaman apabila secara terbuka mengumumkan dia enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Sewaktu membuat kemunculan di rancangan Dr. Oz, Mehmet Cengiz Oz secara bersahaja bertanya kepada hos tersebut adakah dia merancang untuk mendapatkan vaksin.
Jawapan yang diberi Wendy ternyata mengejutkan graduan universiti Harvard itu. “Tidak, saya tidak mempercayainya,” ujar Wendy tanpa ragu.
Melihatkan situasi yang bertukar canggung dalam keheningan, dia dengan pantas membuat penjelasan.
“Saya juga tidak pernah mengambil suntikan selesema sebelum ini dan kita pernah bercakap mengenainya. Dan beberapa doktor yang terlibat dalam rancangan saya juga pernah mengatakan, ‘Wendy akan mendapatkan suntikan selesema’. Saya tidak pernah dijangkiti selesema dan saya tidak akan mengambil suntikan itu.
“Saya jarang jatuh sakit. Saya tidak pernah sakit kepala dan tidak pernah ambil aspirin kerana jantung saya rasa semacam selepas itu. Tidak, tidak, saya tidak mempercayainya,” tegas Wendy.