Use your ← → (arrow) keys to browse
Dalam video yang sama, pelakon berusia 32 tahun itu juga berkongsi bahawa dia kerap mengambil snek kerana perlu makan setiap dua jam untuk meningkatkan metabolisme, seperti yang diarahkan jurulatihnya.
“Saya berasa lebih sihat. Anda berasa lebih gembira apabila perut kenyang, minda juga akan berfungsi dengan baik. Saya mudah naik angin ketika lapar,” dedahnya.
Antara snek yang menjadi kegemarannya adalah kacang badam dan snek sihat jenama Made Good. “Semakin saya berusia, semakin saya ambil berat tentang apa dan bagaimana saya makan,” ujarnya.