Use your ← → (arrow) keys to browse
Sepanjang kerjayanya, bintang Vampire Diaries, Nina Dobrev dilihat sering berkongsi pemakanan hariannya bersama peminat.
Menerusi satu video wawancara bersama Harper’s Bazaar baru-baru ini, Nina mendedahkan dia kini mengelak tiga jenis makanan atas alasan tertentu.
“Saya baru mendapat tahu mengenai perkara ini selepas bertahun-tahun berasa tidak sihat. Saya sangkakan ia perkara biasa. Tubuh saya tidak boleh berinteraksi dengan gluten, begitu juga dengan produk tenusu,” jelasnya.
Tambahnya dia akan mengambil telur sekali-sekala dan mengambil manisan dalam kuantiti yang sedikit.