Aespa: Empat Gadis K-Pop Takluk Dunia

Aespa Kuasai Pentas Dunia, Kenali Ahli K-Pop Generasi Baru

aespa, empat gadis kumpulan K-pop di bawah SM Entertainment yang mempunyai beberapa tafsiran, di mana penggunaan “æ” merujuk kepada kedua-dua “Avatar X Experience” serta menjadi “aspect” yang mewakili kedua-dua sisi.

Debut pertama mereka adalah pada 17 November 2020 dengan single digital “Black Mamba”. Sejak itu, aespa telah dipuji secara meluas kerana pendekatan mereka yang unik dan inovatif. Muzik mereka juga menggabungkan pelbagai genre, termasuk pop, elektronik, dan hip-hop, menghasilkan bunyi yang berbeza tetapi tetap dikenali dengan penghasilan terkenal dari SM. Vokal yang hebat, persembahan tarian yang mengagumkan, dan muzik video yang menarik secara visual telah menarik perhatian peminat bukan sahaja di Korea Selatan malah di peringkat antarabangsa.

Mendominasi pentas dunia

aespa telah memenangi Daesang pertama mereka di Asia Artist Awards dan tidak lama selepas itu, mereka meraih Daesang kedua mereka di Melon Music Awards. World tour pertama mereka, “Synk: Hyper Line”, bermula di Seoul pada 25-26 Februari 2023, dan beberapa lagi destinasi di seluruh Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Eropah.

See also
Trend Kecantikan: Gincu Pusam Kembali Popular!

Pada 3 Julai 2024, aespa membuat debut rasmi mereka di Jepun dengan single “Hot Mess”, yang turut melancarkan dua lagu, iaitu “Sun and Moon” dan “ZOOM ZOOM”. Lagu “ZOOM ZOOM” sebelum ini telah dilancarkan pada 6 Oktober 2023 sebagai lagu tema penutupan untuk siri anime Beyblade X. Jom kenali ahli aespa dengan lebih rapat lagi!

#1 Karina

Ketua aespa, Karina, memang sudah memancarkan aura bintang sejak teaser pra-debutnya yang penuh dengan koreografi. Tak dinafikan juga pada awal tahun ini, penyanyi, penari, dan rapper ini dipilih oleh syarikatnya untuk menyertai lineup all-star wanita dalam projek GOT the beat, yang turut menampilkan nama-nama besar seperti Taeyeon dari Girls’ Generation, BoA, dan Seulgi dari Red Velvet.

#2 Giselle

Ahli serba boleh, Giselle yang fasih berbahasa Korea, Inggeris, dan Jepun, dikenali kerana membawa elemen keberanian yang sangat diperlukan dalam muzik aespa yang penuh tenaga. Sebagai rapper utama kumpulan, Giselle juga aktif dalam menulis lirik untuk bahagian rapnya sendiri (seperti dalam lagu “SYNK”) dan pernah tampil menonjol dalam kolaborasi K-pop yang sangat catchy, “Zoo,” yang turut menampilkan artis-artis berpengalaman seperti Taeyong, Jeno, Hendery, dan Yang Yang.

See also
Acara Giorgio Armani Neve Musim Sejuk 23, Berlangsung Meriah di St.Moritz

#3 Winter

All-hail pada Winter kerana sudah diiktiraf sebagai ratu dalam dunia mitos SM, Kwangya. Bukan sahaja dia memegang pedang dalam dunia fiksyen itu semasa debut kumpulan, tetapi itu bukan kali pertama dia melakukannya. Winter pernah menjalani latihan ringkas dalam Kendo (seni mempertahankan diri Jepun moden) untuk memastikan semuanya nampak lebih autentik. Artis muda ini juga dipilih secara khusus sebagai wakil kedua aespa untuk menyertai single pertama GOT the beat, “Step Back,” dan akan terus menjadi bintang yang bersinar dalam jangka masa yang panjang.

#4 Ningning

Ningning, maknae (ahli termuda) aespa, yang sangat dipuji oleh peminat sebagai vokalis yang luar biasa. Penyanyi terlatih ini sentiasa menjadikan setiap baris vokalnya sebagai momen yang mengagumkan, dan dia sememangnya senjata rahsia kumpulan ini apabila melibatkan nada-nada yang kaya dan bertekstur. Jika anda terfikir untuk mencuba meniru salah satu nota tinggi yang dia nyanyikan dengan penuh peribadi… well, boleh dikatakan bahawa setiap orang ada bakat masing-masing, tapi mungkin lebih baik kalau anda serahkan saja tugas itu kepada Ningning!

See also
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman

Artikel Berkaitan: Aespa Jadi Bintang Baharu Buat Chopard