Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain menggenggam segulung ijazah, Adele turut berkongsi hasrat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan. Jelasnya, dia telah menghubungi pengarah filem biopik Elvis, Baz Luhrmann dan meluahkan keinginan untuk menjalin kerjasama dengannya.
“Saya menghantar pesanan teks kepadanya yang tertulis, ‘Saya berharap saya dapat berlakon dalam filem itu. Tolong jangan bersara, saya mahu lakukan sesuatu.’”
“Tetapi saya tidak mahu menyanyi dalam filem. Saya akan berlakon, tetapi hanya satu filem. Saya datang, berlakon, pastikan ia berjaya, dan berhenti,” katanya kepada peminat.