Use your ← → (arrow) keys to browse
“Jika saya tidak berjaya menjadi penyanyi, pasti saya akan bergelar guru kesusasteraan Inggeris. Saya rasakan bahawa saya menggunakan minat itu dalam apa jua perkara yang saya lakukan selama ini.
“Walaupun saya tidak memerlukan ijazah untuk mendapatkan kerja, saya tetap merasakan saya sepatutnya telah menyambung pelajaran di universiti dan merasai pengalaman itu,” ujarnya.
Pelantun lagu Oh My God itu menambah, perancangannya selepas ini adalah untuk mendaftar dalam program atas talian dan belajar bersama tutor. “Itu rancangan saya untuk tahun 2025, hanya untuk mendapatkan kelayakan,” ujarnya.