Use your ← → (arrow) keys to browse
Sewaktu segmen carpool karaoke bersama James Corden, penyanyi kelahiran Cuba itu bercerita mengenai pengalamannya menyeberangi sempadan Mexico bersama ibunya pada usia tujuh tahun.
Jelasnya mereka berhijrah sehelai sepinggang dan ibunya sekadar memiliki pakaian yang tersarung di tubuh, sedikit wang dan langsung tidak boleh berbahasa Inggeris.
“Masih teringat lagi ketika keluarga saya berkata, ‘Kamu akan pergi ke Disneyworld’. Saya tidak memahami apa yang berlaku ketika itu,” katanya. Apa yang dibawanya bersama ke Amerika Syarikat hanyalah sebuah diari dan sebuah anak patung Monster Inc.