Use your ← → (arrow) keys to browse
Lima bulan berpisah dengan Shawn Mendes, Camila Cabello dilihat semakin ceria dan kembali aktif dengan kerjayanya menerusi album terbaharu, Familia.
Baru-baru ini Camila dijemput menjadi tetamu rancangan The Late Late Show With James Corden, di mana dia berkongsi perjalanannya sebagai artis dan tujuan sebenar dia menyertai uji bakat rancangan The X Factor pada 2012.
Buat anda yang belum tahu, kerjaya seni pelantun lagu Havana itu melonjak naik ketika menyertai The X Factor sebagai salah seorang ahli kumpulan Fifth Harmony di samping Ally Brooke, Normani, Dinah Jane dan Lauren Jauregui.