7 Port Menarik di Klang Valley Untuk Sambut Malam Tahun Baru 2026
Sambutan tahun baru tidak lengkap tanpa pertunjukan bunga api, dan ini antara port menarik untuk menyambut tahun baru 2026.
Menjelang malam 31 Disember 2025, beberapa lokasi utama di Klang Valley telah disahkan menjadi lokasi utama untuk acara countdown dan bunga api bagi menyambut ketibaan tahun baharu ini, termasuk persembahan muzik dan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung dari segenap lapisan umur.
1. Pavillion Kuala Lumpur
Salah satu lokasi tumpuan adalah Pavilion Kuala Lumpur, yang menjadi tuan rumah kepada Visit Malaysia 2026 Countdown Festival. Di sini, pengunjung boleh menikmati pertunjukan bunga api menjadikan malam sambutan lebih meriah. Acara ini turut menampilkan persembahan secara langsung oleh artis tempatan terkenal seperti Shila Amzah, Aina Abdul, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.
2. The Exhange TRX
Selain itu, The Exchange TRX telah mengesahkan akan menganjurkan pertunjukan bunga api serta acara countdown disertai persembahan muzik dan food truck hingga tengah malam sebagai sebahagian daripada sambutan ambang tahun baru.
3. KLCC Park
Di KLCC Park pula akan menyajikan suasana sambutan di kaki Menara Berkembar Petronas, dengan pertunjukan bunga api serta persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Zainal Abidin, Misha Omar, Joe Flizzow dan Sonaone. Lokasi ini sering menjadi pilihan ramai kerana pemandangan panoramik bangunan ikonik Kuala Lumpur ketika malam countdown.
4. LaLaport, BBCC
Bukan itu sahaja, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) turut menjadi antara port pilihan untuk sambutan Malam Tahun Baru 2026, dengan acara countdown dan aktiviti menarik di kawasan rooftop yang menawarkan pemandangan bandar serta pertunjukan bunga api bagi memeriahkan detik tahun baru.
5. Sunway Velocity Mall
Bagi mereka yang ingin suasana lebih santai, kawasan Sunway Velocity Mall di Jalan Peel turut mengadakan acara countdown bertema pesta dengan persembahan daripada kumpulan muzik dan DJ tempatan sebelum pameran bunga api pada waktu tengah malam. Acara ini menawarkan pasar makanan, persembahan muzik hingga detik pergantian tahun yang meriah.
6. The Curve
The Curve di Mutiara Damansara juga kembali dengan acara tahunan mereka yang diberi nama Curvechella (Countdown to 2026), mengambil inspirasi daripada festival muzik terkenal, sambil diserikan dengan persembahan oleh artis seperti Insomniacks, Elizabeth Tan dan DJ Jemput Dengar.
7. IOI City Mall
Sementara itu, IOI City Mall di Putrajaya bakal mengadakan Konsert Countdown Kita 2026 pada malam yang sama. Bermula seawal petang, lebih 18 artis termasuk Ella Aminuddin, Faizal Tahir, Hael Husaini dan ramai lagi akan menghiburkan pengunjung sebelum pertunjukan bunga api tepat pada jam 12 malam tanda permulaan tahun baru.

Dengan pelbagai pilihan lokasi dan konsep sambutan, orang ramai disarankan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan keselamatan bagi memastikan sambutan tahun baharu berjalan lancar, sementara Rapid KL akan melanjutkan operasi perkhidmatan rel hingga pukul 2 pagi pada 31 Disember 2025, dan perkhidmatan BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas terpilih serta Rapid KL On-Demand pula beroperasi sehingga pukul 2.30 pagi pada 1 Januari 2026.
Artikel Berkaitan: Tahun Baru, Cara Baharu: Azam 2026 Yang Lebih Realistik, Lebih Manusiawi
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

