Use your ← → (arrow) keys to browse
Tanggal 25 Oktober 2022 menyaksikan Rishi Sunak dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom ke-57, menggantikan Liz Truss yang berundur daripada jawatan itu hanya selepas tujuh minggu.
Rishi menjadi pemimpin baharu parti pemerintah, Parti Konservatif selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen sekali gus mengetepikan pencabarnya, Penny Mordaunt. Boris Johnson yang merupakan seterunya pula menarik diri secara tiba-tiba.
Dengan pelantikan tersebut, dia mencipta beberapa sejarah termasuk menjadi Perdana Menteri Britain berketurunan India pertama dan penganut Hindu pertama memegang jawatan itu.
GL kongsikan beberapa perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai Perdana Menteri termuda di United Kingdom dalam tempoh 200 tahun itu.