6 Selebriti Poliglot Yang Menguasai Lebih Lima Bahasa Asing - Glam Malaysia
6 Selebriti Poliglot Yang Menguasai Lebih Lima Bahasa Asing

6 Selebriti Poliglot Yang Menguasai Lebih Lima Bahasa Asing

Bukan mudah bertutur dalam bahasa asing kerana tidak semua orang mempunyai kemahiran menguasainya.

Di Malaysia terdapat beberapa selebriti yang berkebolehan bercakap dalam bahasa asing atau digelar poliglot. Selain bahasa Inggeris, Shila Amzah dan Yasmin Hani mahir berbahasa Mandarin. Maya Karin pandai bercakap dalam bahasa Jerman, Mawar Rashid fasih berbahasa Thailand, manakala Raya Ilya boleh bertutur dalam bahasa Tamil.

Di Hollywood, lebih ramai artis yang menguasai pelbagai bahasa. Sesetengahnya kerana latar belakang keluarga, manakala yang lain mempelajarinya atas tuntutan kerja atau minat mendalam. Lebih mengagumkan ada antara mereka yang bukan sekadar fasih dua atau tiga bahasa tetapi hampir sepuluh!

Siapa artis popular tempatan dan Hollywood yang mahir bertutur pelbagai bahasa asing?

[/tps_header]

Diana Kruger

Bahasa ibunda aktres ini adalah Jerman dan dia mempelajari Inggeris ketika program pertukaran pelajar di London. Pada usia 15 tahun, dia mendapat kebenaran ibunya untuk menceburi bidang peragaan di Paris di mana dia mula menguasai bahasa Perancis.

See also
“Saya Perlu Masa Untuk Pulih” - Shawn Mendes

Diane Kruger turut mempelajari Latin di sekolahnya selama lapan tahun dan bahasa Rusia untuk peranannya dalam filem The Tiger Brigades. Malah dia melakukan alih bahasa sendiri dalam Inggeris, Perancis dan Jerman untuk tayangan filemnya di luar negara.

ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

Foto: Getty Images

 

Natalie Portman

Bintang Black Swan ini berjaya dalam pelbagai aspek kehidupannya. Dia bergelar aktres disegani, merupakan graduan Universiti Harvard yang pernah menerbitkan dua jurnal saintifik, dan seorang poliglot. Menurut Insider, Natalie Portman menguasai enam bahasa asing dengan baik: Bahasa ibundanya Ibrani, Inggeris, Perancis, Jepun, Jerman dan Sepanyol.

Dalam temu bual bersama sebuah organisasi yang menggalakkan penggunaan bahasa Sepanyol di Amerika Syarikat, dia berkata, “Belajar itu perkara indah. Bahasa Sepanyol adalah salah satu bahasa paling berguna di dunia. Saya jatuh cinta dengan budaya, gaya hidup dan bahasa Sepanyol.”

ARTIS HOLLYWOOD YANG MENGUASAI LEBIH DARIPADA LIMA BAHASA ASING

Foto: Getty Images

 

Keith Foo

Walaupun memiliki raut wajah Melayu sejati, aktor kacak ini sebenarnya merupakan kacukan India-Cina. Dia mahir bertutur dalam bahasa Melayu, Tamil, Mandarin, Hainan, Kantonis dan Inggeris.

See also
Hampir Buta, Ben Amir Berkongsi Tahap Kesihatan Terkini

Dia juga fasih berbahasa Indonesia kerana pernah memeriahkan industri hiburan di negara itu selama lebih sedekad.

Keith Foo

Foto: Facebook

 

Shakira

Penyanyi ini dilahirkan di Colombia dan bertutur bahasa Sepanyol setiap hari. Setelah bergelar penyanyi, dia mempelajari Inggeris daripada pengurusnya, Emilio Estefan dan rakan selebriti, Gloria Estefan.

Sejak itu Shakira telah menguasai beberapa lagi bahasa antaranya Portugis, Itali, Perancis, Katala dan Arab.

Shakira.

Foto: Getty Images

 

Tom Hiddleston

Semasa bergelar penuntut di Universiti Cambridge, pelakon Inggeris ini mempelajari bahasa sastera, Yunani kuno dan Latin. Sejak itu dia mula mendalami bidang ini dan kini mahir dalam bahasa Sepanyol, Perancis, Itali, Yunani, Rusia, Korea dan Mandarin.

Dalam temu bual bersama Sirius XM pada 2020, dia berkata, “Saya sebenarnya langsung tidak berbakat dalam matematik atau sains. Bagaimanapun sebaik sahaja mempelajari bahasa, saya tahu saya mempunyai kemahiran menguasainya.”

Tom Hiddleston

Foto: Getty Images

 

Celine Dion

Penyanyi Kanada berketurunan Perancis ini bertutur menggunakan bahasa ibundanya sejak lahir. Malah semua lagu dalam album pertamanya dinyanyikan dalam bahasa Perancis. Pada penghujung 1980-an, dia berehat daripada membuat persembahan dan mengambil peluang itu untuk mempelajari Inggeris.

See also
Lagu Demo Whitney Houston Ketika Remaja Dijual Pada Harga RM4.2 Juta

Album studio kesembilannya, Unison merupakan album bahasa Inggeris pertamanya. Sejak itu Celine Dion telah mempelajari dan menyanyikan lagu dalam sembilan bahasa termasuk Sepanyol, Jepun, Jerman dan Mandarin.

Céline Dion

Foto: Getty Images

 

Foto: Harper’s Bazaar UK/Facebook/Vanidades

Baca: 5 Selebriti Dari Latar Belakang Keluarga Berada