Use your ← → (arrow) keys to browse
Jennifer Lopez
Foto: AP/Chris Pizzello
Ketika wawancara bersama The Hollywood Reporter pada Mei 2016, pelakon Hustlers ini mengatakan dia tidak bersetuju dengan gelaran ‘diva’ yang diberikan kepadanya.
“Saya sentiasa terkesima dengan peraturan yang mengatakan bahawa selebriti wanita perlu menjaga kelakuan berbanding selebriti lelaki. Saya diberi gelaran diva, namun saya tidak layak,” katanya.
Katanya, dia menyedari wanita dalam industri hiburan akan ‘dilabel’ setelah mereka mencapai kejayaan luar biasa. Malah ada kala dia berasa seperti ‘lumpuh’ ketika mahu mengutarakan pendapat.
“Kita (wanita) tidak dibenarkan untuk memberi pendapat mengenai beberapa perkara, atau berkelakuan sebebasnya, atau terlalu bersemangat dalam perkara yang kita lakukan,” ujarnya.