Use your ← → (arrow) keys to browse
Kim Kardashian: Skims (USD1.6 bilion) & KKW Beauty (USD1 bilion)
Ahli keluarga Kardashian terkaya ini melancarkan jenama Skims pada 2019, beberapa bulan sebelum kemunculan pandemik Covid-9 yang menyebabkan kebanyakan syarikat menjadi muflis. Skims yang menawarkan pakaian dalam asas seperti coli, seluar dalam, sut tubuh, celana pendek dan pakaian sokongan kehamilan dalam pelbagai saiz ini bukan sahaja mampu bertahan, malah mengaut keuntungan tidak dijangka. Ini menyumbang kepada gelaran jutawan yang diraih Kim tahun ini.
Jenama tersebut baru-baru ini mengumpul USD154 juta pembiayaan baharu daripada Thrive Capital milik Josh Kushner, juga daripada pelabur sedia ada iaitu Imaginary Ventures dan Alliance Consumer Growth, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak USD1.6 bilion.
Namun Skims bukan satu-satunya empayar milik Kim. KKW Beauty yang dilancarkan pada 2017 juga mempunyai nilai yang tinggi iaitu USD1 bilion, setelah 20 peratus saham dijual kepada syarikat kosmetik Coty Inc pada harga USD200 juta.