Use your ← → (arrow) keys to browse
Hwang Min Hyun (Nu’est) – Garam & Habuk
Min Hyun yang juga bekas ahli kumpulan Wanna One dikatakan mengetahui tentang alahannya terhadap garam sejurus menjalani penggambaran video muzik Overcome. Menurutnya, salji yang digunakan dalam video muzik itu diperbuat daripada garam dan mengakibatkan kegatalan.
Penyanyi berusia 27 tahun ini juga alah terhadap habuk. Dalam rancangan I Live Alone yang ditayangkan pada 2019, dia dilihat sering membersih dan mengelap setiap sudut sehingga digelar ‘maharaja kebersihan’.