5 Perceraian Termahal Di Bollywood, Dari Hrithik Roshan Ke Saif Ali Khan - Glam Malaysia
5 Perceraian Termahal Di Bollywood, Dari Hrithik Roshan Ke Saif Ali Khan

5 Perceraian Termahal Di Bollywood, Dari Hrithik Roshan Ke Saif Ali Khan

Perceraian memberi kesan mendalam pada kehidupan seseorang, tetapi di Bollywood, ia turut memberi impak besar pada akaun bank.

Dalam dunia dipenuhi glamor dan kemewahan, lelaki berpoket tebal kebiasaannya perlu membayar sejumlah besar alimoni kepada bekas isteri. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyerahkan rumah agam mewah dan membiayai pendidikan anak-anak yang mahal. Sama seperti di Hollywood, perceraian selebriti Bollywood tidak pernah gagal mencuri perhatian umum.

Ini antara penceraian selebriti India yang dianggap terlalu mahal

 

5. Karishma Kapoor & Sunjay Kapur

Rumah tangga pasangan ini dilanda badai sejak dari awal perkahwinan lagi. Mereka berkahwin pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata, Samaira Kapoor dan Kiaan Raj Kapoor. Pasangan ini memfailkan perceraian pada 2014 dan bercerai secara rasmi dua tahun kemudian. Menurut laporan, Karishma diberikan sebuah rumah milik bekas suaminya dan menerima RM57,000 setiap bulan, hasil faedah bon RM8 juta yang dibeli Sunjay untuk anak-anak mereka.

See also
Kenali Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Agong Ke-17

 

4. Saif Ali Khan & Amrita Singh

Perkahwinan pasangan ini mencetuskan kontroversi hebat dalam sejarah Bollywood disebabkan perbezaan usia yang ketara. Ketika berkahwin pada 1991, Amrita Singh berusia 33 tahun manakala Saif Ali Khan baru mencecah 21 tahun. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan. Pasangan itu membuat keputusan untuk bercerai pada 2004 disebabkan konflik keluarga. Setahun kemudian, aktor Kal Ho Naa Ho itu mendedahkan dia perlu membayar alimoni sebanyak RM2.84 juta kepada bekas isterinya. Selain itu dia perlu menafkahi anak-anak melebihi RM5,000 setiap bulan sehingga Ibrahim mencapai usia 18 tahun.

 

3. Arbaaz Khan & Malaika Arora

Perceraian pasangan ini mengejutkan banyak pihak terutama peminat. Mereka menjalin cinta selama lima tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga pada 1998. Malangnya perkahwinan mereka yang dikurniakan seorang cahaya mata, Arhaan Khan hanya bertahan selama 17 tahun. Aktres, model, penari dan personaliti televisyen itu dilaporkan meminta bayaran alimoni antara RM5.7 juta hingga RM8.5 juta.

See also
VIP Most GLAM 2023: Meraikan Gaya Elegan

PERCERAIAN TERMAHAL SELEBRITI BOLLYWOOD

 

2. Aamir Khan & Reena Dutta

Disebabkan perbezaan agama, pasangan ini memilih untuk kahwin lari dan bergelar suami isteri pada 18 April 1986. Anak sulung mereka, Junaid Khan dilahirkan pada 1993 diikuti anak kedua, Ira Khan empat tahun kemudian. Selepas 16 tahun hidup bersama, pasangan itu mengakhiri perkahwinan mereka pada 2002. Aktor dan pengarah ini dilaporkan membayar alimoni hampir RM29 juta kepada bekas isterinya.

 

1. Hrithik Roshan & Sussanne Khan

Pasangan ini menjadi buah mulut peminat di serata dunia ketika mengumumkan perceraian. Mereka bergelar suami isteri pada 20 Disember 2000 dan bercerai pada 1 November 2014. Hasil perkongsian hidup selama 14 tahun, mereka dikurniakan dua putera, Hrehaan dan Hridaan. Menurut laporan, Sussanne menuntut wang alimoni sebanyak RM227 juta, bagaimanapun nilai yang dipersetujui bersama adalah RM216 juta.

 

Baca: 5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood