Use your ← → (arrow) keys to browse
Jennifer Aniston & Brad Pitt
Desas-desus mengenai konflik rumah tangga pasangan ini menjadi semakin buruk apabila Brad membintangi filem Mr. & Mrs. Smith bersama Angelina Jolie pada 2005. Jennifer menfailkan perceraian pada tahun sama dan sebulan kemudian, Brad dan Angelina dilihat menghabiskan masa berdua di pantai. Drama di antara Brad dan pelakon siri Friends itu berterusan selepas bercerai, malah Brad pernah mendedahkan kepada media bahawa perkahwinan mereka hanya membuang masa dan dia hidup dalam depresi ketika bergelar suami kepada Jennifer.